Jangan cakapa pasal punk dengan aku,
kalau kau masih lagi duduk dengan mak bapak,
tidur bawak ketiak mak,
nak benda kaki dihentak-hentak...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau masih makan tanggung,
kau berlagak macam anak agung,
umur kau tak sampai pun setahun jagung...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau hidup atas dasar subsidi,
kau tipu yang kau berdikari,
kononnya kau punya harga diri...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau setakat tahu Sex Pistols,
kau ingat semua hujah kau paling betul,
kau buat semua orang macam bahlol...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau jenis meroket barang orang ikut suka,
tapi kau kata kau kononnya beretika,
orang lain semuanya celaka...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau setakat ada patches kat seluar,
yang takda patches kat seluar/jacket/baju/beg/topi dll. semua kau selar,
kau memang tak pernah sedar...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau adunkan punk dengan agama,
di'hadhari'kan yang mana yang rasa kena,
bertujuan nak dapat pahala ubtuk ke syurga...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau sebenarnya anak orang kaya,
tapi kau cakap kat orang kau miserable gila,
woi! kau suruh bapak kau tulis cek seratus ribu, biar aku tunjukkan macammana untuk bergembira...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau cakap tak serupa bikin,
tulis lain buat lain,
habis semua orang kau main...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
kalau kau rasa nak jadi polis punk,
kalau orangtak ikut cara kau, kau bengang,
nak potong nama orang senang-senang...
Tapi yang paling penting...
Jangan cakap pasal punk dengan aku,
Sebab aku tak punk
Oleh: cnllm
No comments:
Post a Comment